After this invocation of Setia Guni loadfuls of rice are sprinkled

on the ground, and the following invocation is then raised to the

spirit of the air:--

Hei! Tuanku Malim ka-raja-an

Yang memegang langit tujoh lapis

Aku bertarohkan anak aku

Sri Chinta rasa, etc. (as in the last).

Hail! Malim, who dost supremely rule

The seven folds of sky,

I lay my child in pledge with thee,

My child, the darling of my heart, etc.

After this the rice is thrown into the air, and the ceremony is

completed.

The "pawangs," sorcerers, or rather "wise men" who are skilled in these

incantations, are in great request at the sowing of the padi crop.

The above five charms are extracted from a paper entitled "Ceremonies

at Seedtime," by A. W. O'Sullivan, in J.R.A.S., S.B., No. 18,

pp. 362-365. The first two are from a work by Captain James Low on

the Soil and Agriculture of Penang, 1836.

Charms used in the Reaping Ceremony

[xcix] Prayer used in the Procession to the Field [p. 238.

Bismillahi-'l-rahmani-'l-rahimi.

Al-salam `aleikum, Nabi Tap yang memegang bumi!

Aku tahu asal-nya padi

S'ri Gading, Gemala Gading

Yang di ujong ladang, yang di pangkal ladang.

Yang terper'chik, yang terplanting,

Yang di-orong semut silambada.

Hei Dang 'Pok, Dang Meleni,

Dang Salamat menyandang galah!

Bertapok bertimbun dayang kamari,

Salamat rezki di-bri-nya Allah.

Dengan berkat, d.s.b.

[c] On Arrival at the Field

Ruwak-ruwak sakandang desa

Bertenggek di bauran panah.

Berkuak-lah angkau Rengkesa,

'Nak letakkan bakul di-atas tanah.

[ci] On Planting the Sugar-cane in the Sheaf [p. 239.

Al-salam `aleikum Nabi Tap!

Inilah 'ku chachakkan tebu ini,

Akan sandaran 'kau.

Aku 'nak mengambil semangat 'kau, S'ri Gading,

Aku 'nak bawa ka rumah, ka istana-'kau.

Kur semangat! kur semangat! kur semangat!

[cii] Do`a Sapuloh--The Ten Prayers [p. 240.

Ka-sa, Allah,

Ka-dua, Muhammad,

Ka-tiga, Ayer Sembahyang lima waktu sa-hari sa-malam,

Ka-ampat, Pancha Indra,

Ka-lima, Pintu rezki-ku terbuka,

Ka-anam, Pangkat Mahaligei tujoh pangkat,

Ka-tujoh, Pintu Rengkiang terbuka,

Ka-lapan, Pintu Shurga terbuka,

Ka-sambilan, anak di-kandong bunda-nya,

Ka-sapuloh, anak di-jadikan Allah;

Jadi, karna jadi, jadi karna Tuhanku juga.

`Isa, karun!

Musa, karun!

Yusuf, karun!

Daud, karun!

Karun sakalian pintu rezki-ku, di Bumi, di Langit, deripada Allah.

Dengan berkat la-ilaha-illa-'llah, etc.

[ciii] On Arrival at the House [p. 243.

Di-chinchang galenggang batang,

Di-chinchang di muka pintu,

Di-tentang melenggang-nya datang,

Anak aku rupa-nya itu.

Di-chinchang rebong lumai-lumai

Buat penuba batang ari,

Sunggoh sahya sabrang sungei,

Besar maksud datang kamari.

Bukan gantang gantang lada,

Gantang berisi hampa padi,

Bukan-nya datang datang sahaja,

Besar maksud kahandak hati.

[civ] Charm used by the Reapers after filling the Baskets [p. 244.

Al-salam `aleikum Nabi Tap, yang memegangkan bumi,

Tetapkan anak aku,

Jangan rosak, jangan binasakan,

Jauhkan deripada Jin dan Sheitan,

Dengan la-ilaha, d.s.b.

[cv] Charm used by the Reapers daily on beginning to Reap [p. 245.

Layang-layang jatoh bertimpa,

Timpa di laman kami,

Bayang-bayang dengan Rengkesa,

Jangan berchampor dengan kami.

[cvi] Charm to confine the Spectral Reapers to the Boundaries of the

Field [p. 247.

Bismillah, d.s.b.

Layang-layang jatoh bertimpa,

Bertimpa di tengah 'laman,

Bayang-bayang dengan Rengkesa,

Tempat Rengkesa di sempadan,

Dengan berkat, d.s.b.

[cvii]

Charm quoted in connection with a Mythical Legend of the Origin of Rice

[944]

Hei Padi, aku tahu

Mula asal angkau jadi!

Buah kelubi asal 'kau jadi,

Datang deri Shurga di-bawa

Nabi Adam dengan Hawa

Ka bukit Kaf.

[cviii]

Charm used during Sowing (quoted in the same connection as the last)

Al-salam `aleikum ibu aku Bumi;

Al-salam `aleikum bapa aku Langit;

'Nak bertanam Si Dangomala dengan Si Dangsani;

Jangan rosak binasakan

Dalam lima bulan ka-anam

Sahya datang mengambil balik.

[cix] Charm used when the Seed is about to be sown

Lagi didalam Shurga

Bernama buah Khaldi,

Sampei ka dunia bernama buah S'ri, temiang S'ri

'Kan penghidup anak-anak Adam

Tumboh di tanah menang, di-menangkan Allah

Tumboh di tanah sakti, di-saktikan Allah,

Jangan rosak jangan binasakan

Buah S'ri, temiang S'ri

Karna apa sebab sudah bersumpah

Di bukit Saguntang Mahaberu,

Kalau 'kau rosakkan,

'Kau di-makan sumpah,

Di-makan besi kawi,

Di-timpa daulat ampat penjuru `alam;

Sidik-ku sidik-lah aku

Dengan berkat la-ilaha-illa-'llah

Muhammad Rasul Allah.

[cx] When Reaping is about to begin [p. 250, n.

Kur! Semangat anak aku

Mari-lah pulang ka rumah aku.

Perjanjian kita sudah sampei!

Jangan kena panas,

Jangan kena angin,

Jangan di-gigit nyamok,

Jangan di-gigit agas kemus!

[cxi]

Charm used when the Jungle is to be cleared, after calling on Toh

Mentala Guru, Saraja Guru, Gampitar `Alam, and Saraja Malik

Mari-lah bersama-sama dengan aku,

Aku handak meminta' tempat ini,

Pergi-lah angkau ka bukit Siamang Biru

Tujoh lorah, tujoh permatang,

Tujoh antaran tempat aku,

Mengenyahkan Hantu Sheitan!

[cxii] Do`a Sapuloh (Mengambil padi)

Another Version of the Ten Prayers

Ka-sa Allah

Ka-dua-nya Bumi

Ka-tiga dengan ayer sembahyang,

Ka-ampat dengan hari Isnayan,

Ka-lima dengan pangkat Mahaligei,

Ka-anam Bintang Rezki,

Ka-tujoh Pintu Shurga

Ka-'lapan anak 'ku kandongkan,

Ka-sambilan Muhammad menjadi,

Ka-sapuloh tenak taman,

Dengan kampong 'laman-ku.

[cxiii] Do`a Sapuloh (atau Chendrawasi) (mengambil semangat padi)

Another Version of the same

Ka-sa 'kan Allah,

Ka-dua 'kan Langit,

Ka-tiga 'kan Bumi

Ka-ampat 'kan bulan

Ka-lima 'kan bintang

Ra-anam 'kan Matahari

Ka-tujoh 'kan `arash kursi

Ka-'lapan 'kan anak di-kandong ibu,

Ka-sambilan sambilan bulan

Ka-sapuloh jadi Allah, jadi Muhammad.

Sejok dingin aku saperti ular chintamani,

Baya Allah, aku-lah anak ku kasih Allah

Didalam Laut Hasin!

Kawa rirang kawa rira

Kata ular chintamani;

Aku yang kechil menjadi besar,

Yang tua menjadi muda,

Yang hina menjadi mulia,

Yang miskin menjadi kaya,

Dengan kuderat Allah ta`ala.

Raja sagala burong

Mengantarkan makan-makanan-nya,

Yang di hulu, yang di hilir,

Yang di laut, yang di darat,

Anak unta bertujoh ekor

Mengantarkan rezki-nya,

Dan lagi gajah puteh sabrang lautan

Mengantarkan rezki-mu.

Rambut sa-'lei di-belah tujoh,

Menjadikan sengk'la-mu,

Pisang sa-biji akan makan-makanan-mu,

Tebu sa-katang akan makan-makanan-mu,

Telor sa-biji akan kulum-kuluman-mu,

Dengan kuderat Allah ta`ala

Mengantarkan rezki-mu

Insha`allah

Dengan berkat, d.s.b.

[cxiv] Do`a Chendrawasi

Allah Mabirah mati kaya jelah-jelaleh ya munsha!

Ya Nabi Musa illahi!

Ya Nabi Abubakar illahi!

Ya Nabi 'Sman illahi!

Ya Nabi `Ali illahi!

Ya Nabi `Umar illahi!

Ya tuanku illahi!

Makbul do`a aku hamba-nya `alam

Terbuat kuasa isi laut dan darat

Tiada berchita-nya kapada aku,

Dengan berkat do`a chintamani.

Berkat la-ilaha-illa-'llah.

Bayang aku ini bayang ku kasih Allah.

Bayang aku ini bayang ku kasih Nabi.

Bayang aku ini bayang ku kasih mala'ikat ampat puloh ampat,

Didalam kubor,

Yang kechil menjadi besar

Yang tua menjadi muda,

Yang hina menjadi mulia,

Yang miskin menjadi kaya,

Kaya deri rumah tangga-nya Raja sagala burong,

Mengantar makan-makanan-nya,

Allah Humah menjadi suatu niat sa-bala-bala,

Laba dunia, laba akhirat.

Sejok dingin aku saperti ular chintamani,

Tada siapa yang memakei do`a ular chintamani,

Melainkan aku yang memakei-nya.

Allah Humah jadi sa-pohun kayu yang besar,

Di tengah laut yang puteh

Antara langit dengan bumi.

Disana-lah tempat burong chendrawasi

Bertelor bersarang menetas.

Menjadikan anak ular chintamani. [945]

Ya Allah Humah, Ya Jibra'il

Salamat semperna kabajikan aku,

Salamat semperna pebuatan aku,

Salamat semperna kabaikan aku,

Aku saperti ular chintamani,

Insha`allah,

Berkat la-ilaha, d.s.b.

Mining Charms

[cxv] Balai Lumbong [p. 265.

Charm used when the Karang (tin-bearing stratum or overburden)

is reached

Al-salam `aleikum, hei Bijeh? [946]

Asal ambun menjadi ayer

Asal ayer menjadi buih, [947]

Asal buih menjadi batu

Asal batu menjadi Bijeh.

Bijeh terkandong dalam batu yang pejal,

Kaluar-lah angkau deri dalam batu yang pejal!

Jikalau angkau t'ada kaluar,

Derhaka angkau kapada Allah!

Hei Bijeh, Si Apong-apong,

Apong di laut, Apong di darat!

Timbul-lah angkau didalam kolam aku

Jika t'ada timbul, derhaka angkau kapada Allah

Derhaka kapada Muhammad, derhaka kapada Baginda Rasul Allah. [948]

Tangkal Lumbong

[cxvi] Before felling the Jungle [p. 266.

O nenek Raja Suleiman

Raja Suleiman Hitam!

Aku `nak menebang hutan;

Aku tidak memegang hutan,

Raja Suleiman Kuning memegang hutan,

Raja Suleiman Merah yang memegang hutan;

Aku yang menebang hutan,

Tetapi di-bri orang yang berdua.

Bangun, bangun, yang menunggu-nya:

Sirih yang tiga kapor, roko' yang tiga batang [949]

O Si Mai Murup, O Si Mai Merah, Si Gadek Hitam,

Si Gadek Hitam yang di hilir ayer,

Si Gadek Kuning yang di hulu,

Si Mai Merah (yang di tengah ayer),

Kalau di-bawa lauk pesok,

Kalau di-bawa dulang pechah,

Jamu-lah jamu wadi

Ali berjuntei jamu watang

Kalau sa-kisah bharu jadi

Kalau sa-kisah bharu datang,

Undor siah-lah angkau deri sini,

Kalau tidak angkau undor deri sini

Kaki melangkah patah,

Tangan menengkan (?) sompong

Mata menchelek pechah

Mata di-tikam duri trong asam,

Tangan di-lantak tras sepang

Lidah di-sayat sembilu telang

Sudah di-sumpah nenek Sakernanaini-naini

Didalam daun Putajaya (?)

Diatas bukit gunong Selan,

Bila 'kau kechok 'kau kechal

Di-kutok Koran tiga puloh juz,

Di-kampar Bumi dengan Langit!

Aku tahu asal angkau jadi:

Darah hitam darah merah,

Itu asal angkau jadi.

Kita asal sama sa-bapa

Bahagian asing-asing:

Aku memegang mas dan bijeh,

Angkau memegang batu dan pasir

Dan sekam dan dedak.

[cxvii] Tangkal Lumbong

Before clearing the Ground to start working

Al-salam `aleikum kapada Malai'kat,

Ibu-ku Bumi, bapa-ku Ayer,

Hei Nang Terni, Kun Pali, Jin Puteh,

Jembalang di Bumi,

Nang Prak songsang, Jin Hitam,

Yang bertapa di kulit Bumi,

Nang Prak Weihah, Jin Kuning,

Yang bertapa di selisi Awan,

Hei Marang Kuan, Berhala Muda,

Nang Kriak, Raja di Gunong,

Hei Si Arang-arang, Si Arong-arong

Asal nanah ampu nanah

Asal puteh berchampor puteh.

[cxviii] Charm used during Fumigation [p. 268.

Al-salam `aleikum minta' tabek

Kapada Sheikh 'Abdul Ghraib

Sheikh 'Abdul Rahman, Sheikh 'Abdul Kadir,

Dan Sheikh 'Abdul Hari!

Tolong-lah kapit bimba aku, pada hari ini!

Al-salam `aleikum, hei Puteh, Pawang di Rimba

Pawang Tua, Pawang Muda!

Mari-lah, aku handak jamu;

Mana yang salah minta' ampun,

Mana yang kurang, minta' tabek samua-nya.

Then when the tapers are lighted and the offerings ready, say:--

[p. 269.

Hei Puteh Raja di Rimba!

Angkau-lah yang memegang ra`yat di rimba di hutan

Yang b'lakang ka langit,

Mehukumkan sakalian Dato' di bumi dan Putra disini

'Kau yang sa-ka'indra'an disini!

Mari makan jamu-nya aku,

Bukan sisa bukan telah,

Sulong ka'indra'an, sulong Dasman,

Al-salam `aleikum, hei Sang Gana!

Al-salam `aleikum, hei Sang Gani!

Al-salam `aleikum, hei Sang Kremasena,

Sang Kremaseni, Sang Dermaseni!

[cxix] An Invitation to the Spirits

Hei Si Arong-arong, Si Arang-arang,

Marang Kuan, Raja di Rimba,

Rang Jana Rut Jana, Sang Mertin,

Sah Mertin, Sang Bujok, Ummai Bujok!

Sah Jihin nama anak-mu,

Marang Kuan nama ibu-mu.

Hei Marang Kuan Raja di Rimba!

Angkau-lah yang memegang ra'yat di hutan di rimba

Mari-lah angkau aku 'nak suroh-suroh.

Panggil mari sagala ra`yat bala-mu,

Hamba, sahya-mu; budak, kanak-kanak-mu,

Mari makan jamuan aku ini.

Aku 'nak minta' tolong-mu,

Aku 'nak buka kalian ini.

[cxx] Mining [p. 270.

O Dato' Batin Tua

Yang memegang gaung guntong

Yang memegang suak sungei,

O Dato' Batin Muda,

Yang memegang sagala ra'yat bala tantra!

(Bijeh) yang di atas bukit turun ka bawah,

Yang di hulu ayer turun ka tengah sungei,

Yang di kuala sungei mudik-lah ka tengah sungei,

Berkampong-lah angkau disini!

Bukan-nya aku yang memanggil,

Dato' Batin Tua yang memanggil,

Batin Muda yang memanggil,

Pawang Tua yang memanggil,

Pawang Muda yang memanggil,

Berkampong-lah sampah, sarap, chichak, kalerik, [950] lipan,

kelmayer

Makan jamuan aku.

Mana yang datang bawakan (kapada) aku bijeh

Sa-ketong, dua ketong,

Sa-genggam, dua genggam,

Sa-arai, dua arai,

Sa-gantang, dua gantang,

Sa-sentong, dua sentong,

Berkampong-lah biji nasi, biji baiam,

Biji `makau, biji sekoi, biji kantan,

Berkampong-lah 'kau disini!

Aku handak buka tempat ini,

Aku handak buat lombong,

Kalau 'kau ta' datang, ta' berkampong,

'Kau aku sumpah,

Jadi abu angkau, jadi angin angkau, jadi ayer angkau,

Berkat petua guru-ku, kabul perminta'an-ku:

Bukan aku yang meminta'

Pawang Tua yang minta

Dengan berkat la-ilaha-illa-'llah, d.s.b.

[cxxi] Jin Salaka Tunggal [p. 272.

Invocation to the Silver-Spirit

Al-salam `aleikum, hei anak Jin Salaka Tunggal,

Aku tahukan asal-mu

('Mu) dudok kapada awan yang kuning,

Katapa'an-mu di laut Balongan Darah,

Katapa'an-mu kolam merata sungei,

Tempat menjadi-mu di telok mati angin,

Hei anak Jin Salaka Tunggal

Mari-lah kapada waktu ini, katika ini,

Aku handak bersemah, 'ku handak berjamu 'arak dan tuak!

Kalau 'mu ta' kamari pada katika ini,

Derhaka 'kau kapada Allah,

Derhaka 'kau kapada Nabi Allah Suleiman,

Aku-lah Nabi Allah Suleiman!

Water

Charms and Ceremonies connected with the Sea

[cxxii] [p. 279.

Invocation to the Water Spirit, used at the insertion of the Twigs

in the Masthead

Al-salam `aleikum

Hei Ayer Si Hantu Ayer,

Anak bernama Laskar Allah,

Bersahabat baik dengan Mambang Tali Harus,

Jangan 'kau imbang-imbang prahu aku ini.

Jangan 'kau hampir-hampir

Kembali-lah kapada tempat-'kau,

Kapada uri tembuni Nabi Allah Musa:

Kalau kau ta' berbalik

Derhaka 'kau kapada Allah, d.s.b.

[cxxiii] Starting a Ship on its Journey

Dudok didalam petak ruang, bakar kemenyan, tabor bras kunyit; jintekkan

serempu, kemdian jintekkan apit lempang, katakan:--

Al-salam `aleikum, Medang Raya, Medang Katanah!

Jangan angkau bercherei dua beradek:

Aku 'nak menghantar sabuleh-buleh-nya

Ka mana-mana tempat handak pergi.

Kalau tidak, angkau derhaka kapada Allah, d.s.b.

[cxxiv] Invocation to the Spirits, asking them to point out Rocks,

etc. [p. 280.

Stand facing the bows, and say: --

Hei saudara aku, Uri Buni Tentoban,

Aku 'nak b'layer ka Pulau Pinang,

Ampang larang aku ta' tahu,

Tunggul batang aku ta' tahu

Tukun [951] pulau aku ta' tahu,

Angkau yang tahu.

Inilah b'ras sa-genggam buni, d.s.b.

Charms and Ceremonies used to propitiate the Sea Spirits

[cxxv] Bersahabat Orang Laut

Si Minas yang tua (di tali harus), Si Munas yang tengah (di puchok

gelombang), Si Ganas yang bongsu (di tepi pantai), [itulah] anak

Raja di Arongan (?) yang memegang tali harus yang besar; mak-nya

Si Julam. Tanda sahabat [-nya] roko' tiga batang, sirih tiga kapor,

ayam puteh sa-ekor [katakan]:--

Hei sahabat-ku [Si Anu]

Aku minta' sampeikan kapada

[tempat anu]

Jangan rosak, jangan binasa.

Ini yang menjaga puting bliong ayer memusing hamba-nya yang bernama

Penglima Si Awang, dada-nya berbulu, mata-nya merah, kulit-nya hitam,

rambut-nya kreting: itulah yang naik ka puchok tiang. Kalau 'nak

timbulkan beting, tabor bras kunyit tiga [? kali] keliling prahu,

panggilkan.

[cxxvi] A General Invocation of the Hantu Laut and other Spirits

Hei Toh Mambang Puteh, Toh Mambang Hitam

Yang diam di bulan dan matahari

Melempahkan sakalian `alam asal-nya pawang,

Menyampeikan sakalian hajat-ku,

Melakukan sagala kahandak-ku,

Al-salam `aleikum!

Hei sahabat-ku Mambang Tali Harus,

Yang berulang ka pusat tasek Pauh Janggi,

Sampeikan-lah pesan-ku ini

Kapada Dato' Si Rimpun `Alam

Aku minta tolong p'leherakan kawan-kawan-ku.

Hei, sakalian sahabat-ku yang di laut;

Hei, Sidang Saleh, Sidang Bayu,

Sidang Mumin, Sidang Embang,

Sidang Biku, Mambang Sagara,

Mambang Singgasana, Mambang Dewata,

Mambang Laksana, [952] Mambang Sina Mata,

Mambang Dewati, Mambang Dewani,

Mambang Tali Harus.

Imam An Jalil nama-nya Imam di laut,

Bujang Ransang nama-nya hulubalang di laut,

'Nek Rendak nama-nya yang diam di bawah,

'Nek Joring nama-nya yang diam di telok,

'Nek Jeboh nama-nya yang diam di tanjong,

Dato' Batin `Alam nama-nya yang Dato' di laut,

Bujang Sri Layang nama-nya yang diam di awan-awan,

Mala'ikat Chitar Ali nama-nya yang memegang puting bliong,

Mala'ikat Sabur Ali nama-nya yang memegang angin,

Mala'ikat Sir Ali nama-nya yang memegang ayer laut,

Mala'ikat Putar Ali nama-nya yang memegang palangi,

Ia-itulah ada-nya: ya Nabi, ya Wali Allah,

Tertegak panji-panji Muhammad, geda-geda Allah

Aku minta kramat Pawang,

Berkat kramat Dato' Mengkudum [953] Puteh

Berkat kramat daulat Sultan Iskandar Sah ada-nya. [954]

Crocodile Charms

When cutting and planting the stake (to which the floating platform

with the bait is loosely attached)

[cxxvii] [p. 296.

Al-salam `aleikum, Nabi Allah, 'Tap

Yang memegang bumi

Nabi Khailir yang memegang ayer,

Nabi Setia yang memegang langit,

Nabi Alias yang memegang kayu,

Nabi Noh yang tanam kayu!

Aku pohunkan ini kayu

'Nak buat tempat meletakkan pekiriman [955] kapada ulubalang

[956] di rantau.

Al-salam `aleikum, Mambang Tali Harus,

Yang dudok di tali harus,

Al-salam `aleikum, Jin Hitam,

Yang dudok pematahan [957] telok,

Al-salam `aleikum, Jin Puteh,

Yang dudok di ujong tanjong:

Jangan-lah angkau berkachau-kachau!

[cxxviii] An alternative shorter Version

Al-salam `aleikum, Nabi Tetap memegang bumi

Al-salam `aleikum, Nabi Noh tanam kayu,

Aku memohunkan kayu ini 'nak buat panchang alir: [958]

Kalau membunoh kau telentang [959]

Kalau ta' membunoh 'kau telangkup.

[cxxix] When about to plant the Pole in the Water [p. 297.

Al-salam `aleikum Nabi Khailir memegang ayer,

Al-salam `aleikum Nabi Tetap memegang bumi,

Tabek, Raja di Laut, Mambang Tali Harus!

Aku memohunkan yang berdosa: [960]

Mana yang tiada berdosa, tolong lepaskan,

Halaukan yang berdosa itu yang makan Si Anu! [961]

Jikalau tidak di-halaukan

Mati mampek, mati mawai,

Mati di-sumpah kalangan [962] darah!

Kalau di-halaukan,

Biak [963] kembang beribu-'kau,

Di-mudahkan Allah rezki-'kau,

Dengan berkat Nabi Suleiman!

[cxxx] When hanging up the Bait at the end of the Rod

Sambu [964] Agak, Sambu Agai!

Sambut pekiriman Nabi Allah Suleiman, tujoh pengikat;

Sa-tanjong ka hulu, sa-tanjong ka hilir

Sambut dalam satu hari akan katiga!

Kalau 'kau ta' sambut pekiriman Raja Suleiman itu,

Satu hari akan katiga,

Mati mampek, mati mawai,

Mati di-sumpah kalangan darah;

Ka laut ta' dapat minum,

Ka darat ta' dapat makan,

Dengan kata kita Nabi Suleiman.

Repeat this same charm when you blow out the chewed betel on the head

of the cock.

[cxxxi] Alternative Version [p. 298.

Arak-arak, iring-iring

Kembang bungi si Panggil-Panggil,

Datang berarak, datang beriring

Raja Suleiman datang memanggil.

Hei Si Jambu Rakai, aku tahu asal 'kau jadi,

Buku tebu ampat puloh ampat akan tulang 'kau

Tanah liat akan tuboh-'kau,

Akar pinang akan urat-'kau,

Gula chayer akan darah-'kau,

Tikar burok akan kulit-'kau,

Pelepah nipah akan ekor-'kau.

Duri pandan akan ridip-'kau,

Tunjang berembang akan gigi-'kau,

Melibas patah ekor-'kau,

Mengempas patah munchong-'kau,

Menguniah patah gigi-'kau!

O Si Jambu Rakai, aku ikat tujoh pengikat,

Aku barut tujoh pembarut,

Di-orak di-kembang jangan:

Lulum-lulum bharu 'kau telan.

Hei Si Jambu Rakai, sambut-lah pekiriman Tuan Putri Rundok

Datang deri Jawa;

Jikalau angkau tidak sambut,

Didalam dua hari akan katiga

Mati mampek, mati mawai,

Mati mengk'lan darah,

Mati mengk'lan Tuan Putri Rundok deri Jawa!

Jikalau 'kau ambil,

Sa-rantau ka hulu sa-rantau ka hilir, di-situ-lah 'kau nanti aku.

Bukan aku yang punya kata, Raja Suleiman punya kata,

Jikalau di-bawa ka hilir, chondong 'kau ka hulu,

Jikalau di-bawa ka hulu, chondong kau ka hilir,

Dengan berkat perkata`an Raja Suleiman

La-ilaha-illa-'llah, d.s.b.

[cxxxii] Another Version

Hei Si Jambu Rakai, sambut pekiriman Putri Rundok de' Gunong Ledang:--

Ambachang masak sa-biji bulat,

Pengikat tujoh pengikat,

Pengarang tujoh pengarang,

Di-orak di-kembang jangan,

Lulor lalu di-telan!

Tidak angkau sambut

Dua hari, jangan katiga,

Mati mampek, mati mawai,

Mati tersadai pangkalan tambang!

Kalau angkau sambut,

Dua hari jangan tiga,

Ka darat 'kau dapat makan,

Ka laut 'kau dapat minum!

[cxxxiii] Crippling Charm [p. 301.

Pelumpoh

Aku tahu asal kau jadi

Mani Fatimah asal 'kau jadi,

Di-kepal di tanah liat

Tulang-'kau buku tebu

Kapala-'kau umbi niyor

Dada-'kau upih,

Darah-'kau kunyit

Mata-'kau bintang Timor,

Gigi-'kau tunjang berembang

Ekor-'kau puchok nipah.

Or else this version:--

Aku tahu asal 'kau jadi

Tanah liat asal 'kau jadi

Tulang buku tebu asal 'kau jadi,

Darah-'kau gula, dada-'kau upih,

Gigi-'kau tunjang berembang,

Ridip-'kau chuchoran atap.

Then blow (jampi) thrice upon the line, and carry the end of it over

your shoulder backwards, and then strike the bow of the boat with

its end thrice.

[cxxxiv] If the Crocodile shows Fight when taken

Pasu jantang, pasu renchana,

Tutop pasu, penolak pasu,

Angkau menentang kapada aku,

Terjentang mata-'kau,

Jantong-'kau aku gantong

Hati-'kau sudah 'ku rantei!

Si Pulut nama-nya usar,

Berderei daun sulasi:

Aku tutop hati yang besar,

Aku gantong lidah yang fasik,

Jantong-'kau sudah 'ku gantong,

Hati-'kau sudah 'ku rantei,

Rantei Allah, rantei Muhammad,

Rantei Baginda Rasul Allah!

Fishing

[cxxxv] Kelong Invocation [p. 315.

Al-salam `aleikum, hei Nabi Allah Tap!

Al-salam `aleikum, hei Nabi Allah Khailir!

Al-salam `aleikum, hei Nabi Allah Noh!

Al-salam `aleikum, hei Mambang di Olak!

Al-salam `aleikum, hei Mambang di Bajau!

Al-salam `aleikum, hei Mambang Tali Harus!

Al-salam `aleikum, hei Mambang Kuning!

Al-salam `aleikum, hei Toh Pawang Togok!

Al-salam `aleikum, hei Toh Pawang Tua!

Bukan-nya aku yang menyemahkan jamuan ini:

Toh Pawang Togok yang menjamukan,

Toh Pawang Tua yang menjamukan,

Yang menyuroh Toh Aur Gading.

Dengan berkat la-ilaha, d. s. b.

[cxxxvi] Alternative Charm [p. 316.

Pawang Kisa, Pawang Berima,

Si Langjuna, Raja di Laut;

Ai, Durai, Si Biti nama mak-'kau,

Si Tanjong nama bapa-'kau!

'Kau yang memegang ujong tanjong,

'Kau yang memegang sakalian tepi pantei,

'Kau yang memegang beting alang.

Mak-'kau buboh di puchi tua,

Anak-'kau di-buboh di ujong penajor,

Bapa-'kau di-buboh di pemingkul 'blah barat,

Berampat kita bersaudara!

Kalau ya kita bersaudara,

'Kau tolong bantu aku!

(Here plant the pole.)

Kaki-'ku berpijak di dul angkasa,

Puchi-'ku tersandar di tiang 'arash.

Allah mengulor, Muhammad menyambut,

Anam depa kiri, anani depa kanan,

'Kau yang tiga beranak,

'Kau tolong piarakan!

Kabul Allah, d.s.b.

Berkat do'a Pawang Tua 'ku,

Berkat Dato' Kamalu-'l-Hakim.

[cxxxvii] Propitiation of the Water Spirit

Bawa (1) b'ras bertih, (2) b'ras basoh, (3) b'ras kunyit, tabor diatas

ayer tiga genggam petang-petang, serta kata:--

Inilah bras sa-genggam buni,

Tanda kita bersaudara!

Kemdian pulang ka rumah, jam mahu tidor bachakan nama Hantu itu tujoh

kali: maka kalau ada untong, datang-lah ia dalam mimpi. Maka pagi makan

demkian itu juga sampei tujoh petang. Sudah itu pasang kelong. Maka

chachak turus tua(h), kayu sa-batang, pulang ka darat. Maka tabor-lah

b'ras tiga macham tadi, maka berdiri panggil hantu yang kabanyakan:--

Hei saudara-'ku, uri, buni, tentoban,

Angkau yang tua, [aku yang muda]!

Aku minta' tengo' tempat aku pasang kelong:

Ampang aku ta' tahu, tegor sapa aku ta' tahu.

Hang yang tahu!

Aku minta' tengo' tempat aku pasang kelong

Inilah b'ras sa-genggam, d.s.b.

The charm used at the planting of the turus tua(h) begins the same way,

substituting for the third line the words--

Aku handak chachak b'lat

or the like.

When finished, stand at the seaward end and repeat the charm, inserting

the words aku yang muda as shown above, followed by--

Kampong-lah sakalian permainan angkau

Bawa kamari kapada tempat ini aku buat

Inilah b'ras, d.s.b.

[cxxxviii] Jermal Charm

Al-salam `aleikum!

Pawang Tua, Pawang Pertama Allah!

Musa Kalam Allah, [965]

Sedang Bima, Sedang Buana,

Sedang Juara, Raja Laut!

Mari-lah kita sama-sama

Berchachak tiang jermal.

[cxxxix] Serapah Kail

When fishing with a Line and Hook

Hei Mambang Tali Harus!

Jangan 'kau imbang-imbang kail-'ku ini!

Jikalau kail aku di kiri, angkau di kanan,

Jikalau kail aku di kanan, angkau di kiri!

Jikalau angkau hampiri kail aku ini,

Angkau kasumpahi dengan kata Allah!

[cxl] Charm addressed to the Fish [p. 317.

Sambut tali perambut!

Biar putus, jangan rabut!

Kalau rabut, mata-'kau chabut!

CHAPTER VI

MAGIC RITES AS AFFECTING THE LIFE OF MAN

Birth-Spirits

[cxli] Langsuir Charm [Chap. vi. p. 326.

Jintek-jintek di kuala!

Jauh tajam mata-nya,

Dekat tumpul hati-nya;

Terbuka batu dalam tanah,

Terbuka hati satru lawan 'ku.

Terbuka maiat dalam tanah,

Terbuka hati satru lawan-'ku.

Sayu hati memandang aku

Berkat aku memakei do`a Silam Bayu.

[cxlii] Charm for laying a Pontianak [p. 327.

Pontianak, mati beranak,

Mati di-timpa tanah tambah!

Krat buluh panjang pandak

'Kan pelemang hati Jin Pontianak.

Dengan berkat la-ilaha, d.s.b.

Another version is exactly the same as far as the words Jin Pontianak,

but continues--

Jembalang, Jembali,

Daun lalang gulong-gulong,

Datang angkau kamari,

'Ku tetak dengan parang gudong.

(Here expel your breath forcibly.)

Alternative Charms

[cxliii] Tangkal Mati Anak (Pontianak)

Lada kechil, lada hitam [966]

Sampei ka tunggul muda Peri [967]

Adek yang kechil, adek yang hitam [968]

Si Anu terkena sambar (ini).

Jin Pontianak rimba!

Aku tahu asal 'kau jadi

Berumah 'kau diatas Sa-lembar [969]

Minta' tawar, minta' jampikan.

Kabul-lah do`a Pontianak

Kabul Guru, kabul aku,

Dengan berkat la-ilaha, d.s.b.

[cxliv] Charm for laying a Penanggalan

Kur, ayam puteh,

Kur, ayam hitam,

Chatok-lah prut Manjang yang terjela-jela itu,

Chatok-lah hati, jantong, limpa Manjang itu,

Dengan berkat, d.s.b.

[cxlv] Charm for laying (lit. neutralising) a Polong [p. 329.

Hei Si Tinjak, Si Tertib,

Ular dan lipan berkelamentang!

Terbato' terber'sin,

Berkat aku menangkal polong dengan bajang hantu sakalian.

Asal-'kau di tanah kang, [970]

Pulang-'kau ka tanah kang,

Asal-'kau di tanah dengkang,

Pulang 'kau ka tanah dengkang,

Datang 'kau menelentang,

Pulang angkau meniarap,

Pulang-lah angkau kapada jinjang angkau,

Hei, Dato' Ulan, Dato' Puteh,

Tetap-lah angkau kapada tempat angkau,

Kapada hulu ayer paya berlendang

Berkat, d.s.b.

[cxlvi] Charm for killing a Polong (apparently addressed to the

Pelesit)

Hu, aku tahu asal 'kau mula menjadi,

Si Ruchau nama 'kau mula menjadi,

Datang menelentang, pulang 'kau menelangkop,

Terlangkop jinjang guru-'kau,

Dengan berkat la-ilaha, d.s.b.

[cxlvii] Tangkal Pelesit [p. 330.

Sa-pertama-nya Nyawa

Ka-dua-nya Darah

Ka-tiga-nya Daging

Ka-ampat-nya Prehat! [971]

Hantu orang asal 'kau jadi,

Tanah puteh asal 'kau jadi,

Tahi Adam asal 'kau jadi,

Tahi Bali [972] asal 'kau jadi!

Jangan 'kau dengki,

Jangan 'kau aniaya

Kapada anak sidang (manusia)!

Jikalau 'kau dengki,

Jikalau 'kau aniaya,

'Kau di-makan besi kawi,

Makan kutop ka bintongan,

Di-hempap Koran tiga puloh juz,

Di-timpa daulat ampat penjuru `alam!

Bukan-nya aku punya tawar:

Nenek Malim Karimun [973] yang punya tawar,

Tawar tersurat di pintu Ka`bah!

Sidik Guru, sidik-lah aku,

Dengan berkat, d.s.b.

In the case of a pelesit (kalau orang sakit merepet kata kuching)

add:--

Aku tahu asal 'kau menjadi;

Minyak niyor hijau asal 'kau menjadi.

Kalau ta' undor deri sini,

Kena salang mak angkau,

'Ku sula melentang mak 'kau!

[cxlviii] Birth Ceremonies [p. 334.

The treatment of the umbilical cord is generally somewhat as

follows:--The cord is rubbed with dust between the finger tips

(di-gentil dengan abu), and kneaded towards the child (di-urut-nya

kapada budak), the words "Bismillah wadi mari kamari" being pronounced

at the same moment. Then it is tied round with strips of the wild

bread-fruit bark (tali trap) in seven places, each a thumb's breadth

from the next (pengukor ibu tangan). Saffron (turmeric) and a piece

of charcoal (arang saketut) are now laid upon a coin, [974] over which

the cord is drawn tightly; and, finally, the cord is severed at a point

between the second and third bindings, by means of a splinter (sembilu)

of bamboo. The severed ends are now cooled with betel-leaf water

(di-jelum dengan ayer sirih), rubbed with pounded garlic mixed with

fine dust (bawang puteh di-giling-nya dengan hati abu), plugged with a

roasted peppercorn [975] and covered (di-tekup) with mengkudu leaves,

after which the child is swaddled (di-bedong). Within from three to

seven days the dead end of the cord will fall off (tanggal tali pusat),

and the pepper which had previously been inserted will be poured out

(di-chichir). The caul (uri) is deposited in a small rice-bag (sumpit)

[976] with salt, black pepper, and asam gelugor. The bag is then tied

up and roasted in a split stick (sepit) such as is used for cooking

fish. After this it is dried by being kept near the fire in the back

premises (where it is subjected from time to time to the sembor sirih

treatment). When the child can walk, the uri is buried in a hole in

the ground, with the nail, candle-nut, brazil-wood, etc., mentioned

elsewhere. [977] In this case a cocoa-nut is usually planted to mark

the spot where it was buried. Sometimes, however, the bag with its

contents is merely thrown into the nearest river or the sea.

[cxlix] If the Labour is difficult

Kalau sakit benar, di-kemam asam garam, katakan:--

Bena mudik ka hulu,

Ker'pok-ker'pak pematah paku,

Ambil ijok 'kau pengikat si alu-alu

De' tujoh bukit, tujoh kuala.

Berkuak bersiah-lah angkau!

Aku 'nak menengo' anak Si Anu lalu.

Kabul-lah pengajar guru-'ku mestajap kapada 'ku

Dengan berkat la-ilaha-illa-'llah.

[cl] When putting the Marks (pangkahan) on the Mother and Child

[p. 336.

Tetak buluh telang,

Tetak serba bersisa;

Ayer lior gilang gemilang

Menawar serba yang bisa.

Adolescence

[cli] When scattering the Rice, and applying the Tepong Tawar before

commencing to file the Teeth [p. 356.

Tepong tawar, tepong jati,

Patah puchok mali-mali;

Buangkan sial dengan pemali,

Dengan berkat la-ilaha-illa-'llah.

[clii] When touching the Patient's Teeth with any of the Rings or

the Egg

Hu, kata Allah!

Hak, kata Muhammad!

Bismillah al-rahman al-rahim

Uru Allah, kopak-kapek

Aku Kadim, pauh [978] menyemblah

Wasam si in Allah aku matikan

Kabul aku memakei do`a mengantok amas. [979]

Kabul berkat la-ilaha-illa-'llah.

[cliii] To destroy the "Venom" of the Steel (buang bisa besi)

Bismillah al-rahman al-rahim

Hei, Bismi!

Aku tahu asal 'kau jadi!

Aku menjadi chahia Allah,

Angkau menjadi mani Allah,

Ada aku, bharu angkau ada,

Tiada aku, tiada angkau ada!

Kalau 'kau derhaka kapada aku,

'Ku buang ka laut Demi dalam!

Hak tiada aku [980] bisa,

Kalau aku[3] bisa, derhaka kapada Tuhan.

Kabul berkat, d.s.b.

[cliv] When first laying the File across the Teeth

Al-salam `aleikum, Nabi Tap [yang memegang bumi],

Al-salam `aleikum, Nabi Khailir [yang memegang ayer],

Al-salam `aleikum, Nabi Elias yang memegang poko. [981]

[clv] To charm the Betel-leaf (jampi sirih) which is presented to

the Patient after the Operation [p. 357.

Bismillah al-rahman al-rahim!

Hong sarangin bulan bintang matahari!

Tegak ruh-ku saperti bulan bintang matahari!

Kabul aku memakei do`a Si Awang Lebih

Berjalan aku berlebih,

Berkain aku berlebih,

Berbaju aku berlebih,

Bersaputangan aku berlebih,

Kuat kuasa-ku aku berlebih!

Kabul berkat, d.s.b.

[clvi] Circumcision [p. 360.

A ceremony equivalent to circumcision is performed in the case of girls

at between five and seven years of age, a wound "like the sting of a

gadfly" (saperti di-gigit pikat), i.e. just sufficient to draw blood,

being inflicted by means of scissors wielded by a Bidan (who offers

prayers and burns incense). In the case of a boy the skin parted

from the wound is received in a cleft stick (sepit), and after being

dried is made up into a sort of ring, and used as a charm to secure

invulnerability (pelias) in war, or else carried out on a piece of

banana leaf and thrown away with ashes from the hearth (abu dapor),

which latter are used to stanch the blood. The small bit of skin got

from the girl is similarly dealt with.

Personal Charms

[clvii] Charms for Protection [p. 361.

Tahan Tanggal

Hei benang, bertali benang,

Tujoh besi, peratus [982] besi,

Tujoh pengikat sangka raya!

Maka [kalau] menguchap maiat dalam kubor

Di-sahut-ki orang yang di-atas dunia,

Maka aku di-binasakan

Sagala benatang yang bernyawa!

Jikalau tidak menguchap maiat dalam kubor,

Maka tidak-lah aku di-binasakan

Sagala benatang yang bernyawa,

Sagala musoh bahia,

Sakalian anak sidang manusia!

Maka [kalau] berkokok ayam dalam telor

Di-sahut-ki ayam di-atas dunia,

Maka aku di-binasakan, d.s.b.

Tahan Allah, tahan Muhammad,

Tahan Baginda Rasul Allah,

Berkat aku memakei do`a tahan tunggal.

(Then blow to right, to left, and in front.)

[clviii] Pendinding

O Jin Sa-Raja Jin,

Jin bernama Gempa di Rimba,

Jin bernama Gempa di Bukit,

Jin bernama Gempa di Baru, [983]

Saribu Garang Kapala Tujoh nama angkau,

Itulah Jin Sa-Raja Jin

Jin Puteh saudara-'kau!

Jangan angkau rosak binasakan

Jangan angkau menchachat menchedra

'Kau-lah saudara-'ku.

[clix] Pendinding ('Che Muntil)

Allah 'kan payong-ku!

Nabi muhammad Mimbar-'ku!

Raja Brahil di kanan-'ku!

Serafil di kiri-'ku!

Rasul Allah di hadapan-'ku!

Turun mala'ikat yang berampat,

Terkunchi terkanching pintu bahia-'ku.

Turun mala'ikat yang berampat,

'Kau jadi pagar badan-'ku.

Kain Asadasan Asadusin,

Astabarukin 'kan ganti tudong-'ku!

Terlindong-lah diri-'ku didalam kalimah la-ilaha, d.s.b.

[clx] Pendinding

Hei Nur Puteh Maharaja Besi,

Yang menunggu Astana Allah,

Jin Puteh Maharaja Dewa,

Yang menunggu Pintu Langit.

Hei, Mala'ikat Puteh yang didalam diri-'ku,

Yang di-kiri, di-kanan, di-hadapan, di-blakang,

Tolong kawal pleherakan aku ini (or Si Anu ini)!

Serta angkau temukan dengan Nabi,

Didalam ampat puloh ampat hari

Dengan berkat daulat Anak Raja Bulan mengambang,

Dengan berkat daulat Sultan Muhammad,

Dengan berkat mu`jizat Bulan dan Matahari,

Dengan berkat mu`jizat Ibu serta Bapa,

Dengan berkat mu`jizat Nabi Muhammad salla Allah, d.s.b.

[clxi] Pendinding

Besi kling, [984] besi tembaga [985]

Besi melilit [986] di pinggang-'ku

Aku tidor, angkau-lah jaga,

Datang marabaya, grak bangun sa-bangat-bangat,

Datang de' kiri, grak di-kiri,

Datang de' kanan, grak di-kanan

Datang de' kapala, menjunjong naik,

Datang de' kaki, mengangkit bangun,

Hei mala'ikat Israfil,

Kalau 'kau ta' grak bangun,

Derhaka kapada Allah,

Berdosa kapada aku,

Dengan berkat la-ilaha-illa-'llah, d.s.b.

Israfil yang memegang sakalian angin di badan kita

`Azra'il yang mengambil nyawa sagala makhlok.

Mika'il yang membri rezki

Jibra'il yang membawa wahi (khabar).

[clxii] Charm for Health

Salira reksa baik-baik tuboh badan-mu

Jangan bri bersengit riang

Berchelah chachak, [987] berhadoh hanal,

Jangan bri sakit dan pening,

Biar segar-degar, sehat pulang pulis

Pulang pulis sedia kala

Bagei `adat zaman dahulu;

Biar lepong-lasa

Biar tegoh-tegap

Bagei turus di tengah 'laman

Pulang tetap pulang nin

Bagei ayer di taman kacha

Simpan chawan-nya:

Dengan berkat, d.s.b.

Charm for Beauty, used by Children

[clxiii] Pemanis Budak [p. 363.

Ambil ayer dalam batil besar, sapu muka di misei-nya. Bachakan ini

yang sebut:--

Matahari ampat, bulan lima,

Bintang tujoh ka mata aku,

Bintang berayun ka dagu aku,

Bulan pernama di kening aku,

Semut berliring [988] di biber aku,

Gajah sa-kawan di gigi aku,

Ombak beralun di lidah aku!

Suara aku saperti suara Nabi Daud,

Rupa aku saperti rupa Nabi Yusoh,

Chahia aku saperti chahia Nabi Muhammad,

Berkat aku memakei pemanisan sama jadi dengan aku

Dengan berkat la-ilaha-illa-'llah, d.s.b.

[clxiv] Another Version

Pemanis

Suh kalubi anta kalubi

'Arash mandi krusi mandi

Loh mandi, kalam mandi,

Aku mandi didalam `izat Allah

Mandi didalam sifat Allah,

Mandi didalam kandang kalimah la ilaha, d.s.b.

Hai, chahia-ku chahia Nur!

Nur Allah, Nur Muhammad,

Chahia Baginda Rasul Allah.

Bintang tiga berator di dada-'ku,

Semut beriring di bibir-'ku,

Ular chintamani di lidah-'ku.

Berkat 'ku memakei chahia Nur.

[clxv] Another Version, combined with a Love Charm

Hong si bintang tujoh,

Bulan perlima [989] di muka aku,

Ombak mengalun di lidah 'ku,

Semut beriring di bibir 'ku,

Angin bertiup di-serta-nya,

Gajah puteh sabrang lautan,

Songsang tapak, songsang bulu,

Songsang belalei, songsang gading,

Itu lagi bertemu kapada 'ku!

Ini 'kan pula Si Anu itu

Bagitu-lah gila kasih sayang kapada 'ku,

Di-bawa makan tiada termakan,

Di-bawa tidor tiada tertidorkan

Berchinta kasih sayang kapada 'ku!

Panah ma`rifat-'ku

Sudah terkena terlekat

Terpaku kapada jantong, hati, ruh, limpa, mempadu, semangat Si

Anu itu.

Kabul berkat, d.s.b.

[clxvi] For Beauty

Pemanis

Bismillah, d.s.b.

Titek 'ku titek, ayer lior sa-titek di-atas permeidani,

Tundok kasih sayang ummat Muhammad memandang aku.

Saperti asam garam [990] bertentangan chahia aku,

Matahari s'ri aku, bulan rupa aku,

Berkat aku memakei do`a asam garam!

S'ri manis, tengkuling [991] manis,

Aku-lah yang manis;

Bukan-nya s'ri manis, tengkuling manis,

Aku-lah yang manis.

Di-pandang ummat Muhammad sakalian laki-laki sakalian perampuan,

Chahia naik ka muka aku,

S'ri turun ka dada aku,

Chahia Allah, chahia Muhammad,

Lebih pagi di-bawa(h) petang,

Lebih petang di-bawa(h) pagi.

Berkat la-ilaha, d.s.b.

[clxvii] Another Version

Pemanis (makan sirih)

'Tik, pinang 'ku titek, [992]

Titek di-atas batu!

Makan sirih bercharik-charik,

Naik s'ri ka muka aku!

S'ri manis, temuning manis;

Bukan-nya s'ri manis temuning manis,

Aku-lah yang manis,

Manis di-pandang ummat Muhammad!

Ta' si kulita' si kulita' tepi laut

Tepi laut bunyi guroh halilintar,

Nabi Daud menengo' chahia muka-'ku yang lebeh,

Chahia Allah, chahia Muhammad, chahia Baginda Rasul Allah!

[clxviii] Before starting on a Journey

Sekam burok, sekam bharu,

[Di-]tampi terlayang-layang,

Tundok hantu 'ku 'nak lalu,

Jangan tindeh bayang-bayang,

Undor-undor

Angkah-angkah,

Hantu tundok

Aku langkah.

[clxix] Bathing Charm

Pemandi bersikat

Merak Si Anggul-anggul

Anggul-anggul atas kota

Gerak ikat sanggul,

S'ri naik ka muka aku,

Chahia melampar ka tuboh-ku.

[clxx] Mengajar Sultan Makan

Tabek tuanku ampun beribu-ribu ampun

Ampun S'ri `Alam S'ri Paduka Jamad-al-`Alam!

Si Jolong menggali lembah

Sa Derit tiang panjang

Tiang sudut menti [993] dulapan

Tapak tangga jari 'ku aran (?)

Tulang bumbongan sawa mengampei

Bergemunehah lebah mengirap,

Bersampang dengan chahia Linggam.

Kadudok tanam di-lembah

Batang padi tepi prigi

Lagi tundok patek menyembah

Minta ampun ka-bawah Duli.

Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun

Ampun Tuanku, S'ri Paduka, S'ri Jamad-al-`Alam.

Love Charms

[clxxi] Pemanis

Hong Si Lala, pinang Si Laling,

Katiga dengan pinang Si Lia-lia,

Tergelak Si Anu lalu tersinyum

Kena ka panchong Si Guyu Gila,

Gila siang, gila malam,

Berkahandakan kapada aku

Dengan berkat, d.s.b.

[clxxii] Kasih Sa-Kampong

Bab ini kasih sa-kampong: di-[?] kan malam waktu handak tidor,

`isharat-nya handak bertelanjang, sudah di-bacha tiga kali, maka

naikkan [994] deripada kaki sampei muka; pagi-pagi sakali bangun

deripada tidor atau tengah mandi pagi pun buleh juga.

Bismillahi-'l-rahmani-'l-rahimi!

Hu yahu rupa chermin Rasul Allah,

Allah akan payong-'ku,

Muhammad akan selimut-'ku,

Bernama chinta manis [995] berendamkan Nabi gulongan-'ku,

Ampar Suleiman di dada aku,

Berkat aku memakei do`a kasih sa-kampong,

Tundok blas kasihan ummat Muhammad

Sakalian laki-laki, sakalian perampuan;

S'ri tengkuling yang manis, d.s.b.

[clxxiii] Pengasih Sa-Kampong (bacha'an laki-laki)

Minyak sibuli belang,

Terletak di hati tangan,

Kembang bunga semandeka,

Kembang langsong ka taman Malayu,

Terbit bulan sapernama,

Terbit memanchar ka muka aku,

Paku irang, paku meranti,

Paku terletak di tengah huma;

Tegak sagala Raja-raja mentri

Aku sa'orang tiada bersama,

Berkat aku memakei do`a Nabi Allah Karimun.

Menggila bernama si do`a Si Awang Lebeh

Aku yang di lebehkan Allah

Aku yang di lebehkan Muhammad

Aku yang di lebehkan Baginda Rasul Allah.

Berkat aku memakei do`a Si Awang Lebeh

Aku yang terlebeh dalam dunia

Yang jadi 'kan anak Nabi Adam yang pertama

Hu Allah la-khu Allah, d.s.b.

[clxxiv] Kasih Sa-Kampong (bacha'an betina)

Sirih si asi-asi,

Letak menyila-nyila,

Menurunkan Si Raja Kasih,

Menetapkan Si Raja Gila,

Sila ginjang, gila serbaya,

Gila sa-kampong, kampong raya,

Gila sa-'laman, 'laman raya,

Gila mabok hati jantong

Sakalian yang bernyawa

Tundok khadmat kapada aku,

Berkat aku memakei do`a Nabi Allah Suleiman!

Hu Allah akbar akbar

La khalu Allah kuwata illah billah ali.

Ya al-athi hak, ya raba-'l-`alamin,

Berkat aku memakei do`a Nabi Idris

Berkat makbul kapada aku. Hu Allah!

Charm against Old Age

[clxxv] Tangkal jangan jadi tua

Nur puteh, Rum puteh,

Puteh buleh menjadi hitam,

Hitam buleh menjadi puteh,

S'ri Jaya sifat-nya aku,

S'ri Allah, S'ri Muhammad!

Aku jadi di beringin songsang,

Kabul berkat aku memakei do`a Lenggundi Hitam,

Sudah mati hidup sa-mula,

Berkat, d.s.b.

Betrothal

[clxxvi] At the Inspection of the Girl [p. 364.

Waris sa-blah jantan pareksa betina; katakan:--

Hei berbuah gadong satela,

Gunong Bantan di tepi laut;

Antah bertuah, antah chelaka,

Kapada Tuan hati tersangkut.

[Kata waris betina "Choba menengo' kerbau aku, kerbau lepas; antahkan

rabit, antah patah, antah buta."]

Tinggi tinggi matahari

Anak kerbau mati tertambat;

Salama ini sahya menchari,

Inilah bharu sahya mendapat.

[clxxvii] Menghantarkan Blanja [p. 367.

Rumah kechil para-nya lima

Tempat menyalei ikan kerisi;

Aiu hei, Inche, sahya bertanya

Brapa-kah harga intan disini?

Tali kail panjang-nya lima

'Kan pengail ikan tenggiri;

Tujoh tahil sakati lima,

Itulah harga intan disini.

Kalau tidak rengas di tanjong

Pandan di hulu di-rebahkan;

Kalau tidak mas di-kandong,

Badan dahulu di-serahkan.

Kalau tiada rengas di tanjong,

Ambil beringin pagarkan dulang;

Kalau tiada mas di-kandong,

Jangan inginkan anak orang.

Ribu-ribu batang terpanggong,

'Kan dudok batang rumbia;

Meski sa-ribu hutang 'ku tanggong,

Asal 'ku pinang anak dia.

[Kalau mahu]

Saputangan jatoh ka laut,

Jatoh dengan kalas-kalas-nya;

Panjang tangan sahya menyambut,

Satu tidak akan balas-nya.

Baik kalas, baik tidak,

Lenggundi tumboh di panchor;

Baik baik, baik tidak,

Tegal de' budi hati-'ku hanchor.

[Kalau ta' mahu]

'Che Ungku mudik ka hulu

Ambil kain basoh nila-nya;

Kalau yang itu, biar-lah dahulu,

Kalau yang lain, barang bila-nya.

'Plam 'Che Dol Amat

Jatoh tergolek ka dalam paya;

Kalau ta' dapat dengan hikmat,

Tilekkan tuju prang maya.

Kalau ta' rapat puan de' bingku

Nasi kunyit panggang ayam;

Kalau ta' dapat Tuan di-aku,

Langit sengit, dunia karam!

Marriage

[clxxviii] Melawa [p. 381.

Kalau naik tangga, [kata] waris sa-blah betina:--

Tatang puan, tatang cherana,

Tatang bidok S'ri Rama;

Datang-lah Tuan, datang-lah nyawa,

Datang-lah dudok bersama-sama.

Diri-diri pagar 'Che Naik

Galu-galu anak tangga-nya;

Inche terdiri mari-lah naik,

Sahya ta' tahu menyebut nama-nya.

'Nak tajok, tajok-lah puan,

Remunggei batang berduri;

'Nak masok, masok-lah Tuan,

Timbang-lah chukei `adat negri.

Kata waris sa-blah jantan:--

Belatok lagi terbang,

Ini pula si burong nuri;

Hukum dato' lagi 'ku timbang

Ini 'kan pula chukei negri.

Di-brikan chinchin di-chabut atau wang tiga ampat ringgit.

Medicine

[clxxix] Before removing the Calladium-leaves from the Jar Mouths

[p. 411.

Al-salam `aleikum, Nabi 'Tap yang memegang bumi,

Suawam yang memegang langit,

Nabi Noh yang memegang kayu,

Nabi Elias yang menanam kayu,

Nabi Khailir yang memegang ayer.

Aku memohunkan tengo' ubat Si Anu.

[clxxx] After removing them

Al-salam `aleikum, hei Tanju!

Angkau 'ku angkat jadi wali akan saudara-ku

Angkau yang berusul, yang berasal,

Deri dahulu sampei sakarang!

Aku tahu asal 'kau jadi,

Tahi mata Muhammad asal 'kau jadi,

Aku minta' tengo'kan ini sakit Si Anu.

[clxxxi] When holding the Rice over the Censer [p. 412.

Al-salam `aleikum, Mustia Kembang,

Angkau 'ku angkat jadi wali akan saudara,

Kalau sunggoh 'kau yang berusul berasal

Deri dahulu sampei sakarang,

Aku tahu asal 'kau jadi:

Siti Hawa asal 'kau jadi.

Angkau 'ku suroh, 'ku seraya,

Barang sa-bagei 'kau rupakan,

Didalam taman yang endah.

Jangan 'kau mungkirkan janji atau satia.

[clxxxii] After throwing the Rice into the Jars

Al-salam `aleikum, Nabi 'Tap yang memegang bumi,

Nabi Noh yang memegang kayu,

Nabi Khailir yang memegang ayer!

Aku memohunkan jamjam ini

Akan ubat Si Anu itu.

[clxxxiii] When holding the Rice over the Incense [p. 413.

Al-salam `aleikum, Gandum!

Angkau 'ku 'nak suroh, 'nak seraya,

Menengo' penyakit Si Anu!

Jangan mungkir janji atau satia,

Tengo'kan penyakit ini anak chuchu Adam,

Ummat Nabi Muhammad sidang manusia Si Anu!

Kalau datang satu hal

Bergrak-lah dalam kelebu yang suchi!

[clxxxiv] Tilek Penyakit

Another method of "water-gazing," by looking into a cup containing

saliva produced by chewing betel

The directions for this ceremony run as follows:--

Get (preferably) a woman (or failing a woman, a man), to chew up for

you three "chews" of betel-leaf (betel-leaf with meeting leaf-ribs

(sirih bertemu urat) is the best). Receive the saliva in a cup and

cover it over with a betel-leaf. Fumigate it with incense and then

remove the covering, and "gaze" at it (tilek) intently. The following

are the signs which you must look for:--

(1) If it looks yellowish it shows that the patient has been affected

by rain in the heat of the day.

(Kalau rechak-rechak kuning rupa chahia-nya, kena hujan panas.)

(2) If it is pitted (with hollows) it shows that the patient has been

affected by a stopped-up well or buffalo-wallow.

(Kalau rupa berlubok-lubok, kena prigi buta atau kubangan.)

(3) If it has long streaks running right through it, it shows that

the patient has been affected by the Heart of Wood.

(Kalau rupa-nya berurat panjang terjantang ayer sirih-nya, kena

teras ada-nya.)

(4) If round, he has been affected by a hidden tree-stump.

(Kalau rupa-nya bulat, kena tunggul buta.)

(5) If frothy, he has been affected by an ant-hill.

(Kalau ada buih, kena busut.)

(6) If you see in it anything that resembles cloth or a ring, it is

a soul which has done it.

(Kalau rupa-nya ada kain atau chinchin, semangat yang buat.)

Before you commence to "gaze," recite the following charm:--

Barang apa yang menyakitkan orang ini,

'Kau tunjokkan, kalau ada kamudah-mudahan,

Kalau buatan orang, tunjok de' kiri,

Kalau hantu sheitan, benchar-lah 'kau.

Kalau puaka tunjok de' kanan.

Kalau ta' sarasi, tunjok-lah buih berator melintang matahari.

Kalau 'kau ta' tunjokkan, d.s.b.

Then perform the ceremony with the three water jars. (Vide p. 410

seqq. of the text.)

N.B.--Another method of using the jars is to take seven jars and

fill them with water taken from seven different streams (ayer buyong

tujoh buyong, di-ambil deripada tujoh anak sungei). Then get ready

(kalengkapan-nya) five cubits of white cloth, a mat for sitting on

(tikar sa-gulong tempat dudok), a birch of seven "green" cocoa-nut

twigs (lidi niyor hijau tujoh 'lei), and the necessary sorts of rice.

Now the Pawang summons the spirits as follows:--

O Jin, Saraja Jin,

Jin yang memegang tanah Makkah

Jin yang memegang Ka`bat Allah

Anak Jin Puteh, Tanjak Malim Kaya,

Pari Lang, Bintang Sutan,

[Mari mendapat jinjangan kamu, d.s.b.]

So, at least on the first night; on the second, "Lanchang Kuning" (sic)

and "Samambu Tunggal" are invoked in place of Pari Lang and Bintang

Sutan. On their arrival the wizard (Pawang) becomes unconscious.

[clxxxv] Buang limas [p. 423.

Al-salam `aleikum, Nabi Allah Khailir, yang memegang ayer!

Maduraya nama bapa-'kau,

Madaruti nama mak-'kau,

Si Kekas nama anak-nya:

Sambut pekiriman adek-'kau, Si Kekas,

Jangan sakit pening, jangan kembong

Inilah pekiriman adek-'kau.

[clxxxvi] Ambang-ambangan [p. 424.

Jembalang Jembali Hantu Tanah

'Kau ambil ini bhagian 'kan upah-'kau,

'Kau baikkan Si Anu.

Kalau 'kau tidak baikkan,

Aku sumpah dengan kata la-ilaha d.s.b.

[clxxxvii] Charm against the Cramp

Tawar Senak

Batang penak, batang pejam,

Katiga dengan batang kladi;

Datang senak, datang tajam,

Datang tawar tidak menjadi.

[clxxxviii] Charm against Abdominal Swelling

Tawar Kembong Prut

Kra chika untut jari-nya,

Kembong segah untut jadi-nya.

[clxxxix] Charm against Convulsions (in Children)

Tangkal Sawan Budak

Songko' kopiah `Arab,

Pusat-ku bernilam,

Darah mani-ku manikam,

`Arash akan tiang-nya,

Uri tembuni akan tempat-nya,

Tentuban saudara yang tua!

Aku menangkal sawan kembong.

The following lines are the same, substituting for kembong the

words:--(1) tergeger, (2) tersintap, (3) terjun, (4) angin yang hitam,

(5) angin yang merah, (6) angin yang biru, (7) angin yang ungu,

(8) angin yang kuning, (9) angin yang hijau, (10) sa-mula jadi,

respectively; then follows:--

Terbit kapada mak dengan bapa-nya,

Aku menangkal sawan yang ampat puloh ampat.

Marikan kapada bapa-nya,

Kabul pengajar guru-ku

Masok kadalam urat sendi salerang Si Anu itu,

Ujut anggota Si Anu itu!

Berkat la-ilaha, d.s.b.

Ramuan-nya lekar jantan tiga krat, sapanjang tapak orang yang sakit,

sakat mengkarong tiga krat, kaki benang 'mas, mempulor bawang puteh,

jintan hitam sadikit, jintan puteh, bawang merah, sabut pinang kotei,

kem'nyan puteh; bakar, taroh dalam ponggong niyor jantan, champor

ayer nasi sadikit, chonting-kan dahi dan sendi-sendi yang sakit itu,

saperti kaki ayam.

[cxc] Cholera

It is related that a Malay named Satuba, who lived at Kuala Selangor,

had a wife and two children, both of whom died of cholera and

(apparently) became cholera-demons. The wife enters the right-eye

socket (chengkong?) of the cholera patient, and is named Sapu-laman;

and the two children, who enter the left eye, are called Sapu-negri

and Sapu-rantau.

Satuba (when his wife and children died) ran off to the woods,

and there he met an orang kramat, who gave him this charm against

cholera:--

Ya kayun Muhammad baka kallah

Ka hatal Makah.

The charm is called Satuba's charm, or the charm against "Prince

'Lick-up-the-men-of-war-ships'" (Raja Jilat juak kapal prang). The

wife's name in Arabic was Adayatu'llah, and the children's,

Hidayatu'llah and Ayatu'llah respectively.

[cxci] Charm for neutralising Poison [p. 425.

Tawar rachun

Idu puteh, penawar puteh,

Turun deri gunong puteh,

Bertijak dengan pinggan puteh,

Bergantong di langit puteh

Terbang burong garuda puteh

Membawa haniran [996] tawar,

Hak! upar-pun [997] t'ada bisa,

Upas-pun t'ada bisa,

Rachun-pun t'ada bisa,

Ular gerang pun t'ada bisa,

Ipoh Brunei pun t'ada bisa,

Ah! sakalian yang bisa t'ada bisa,

Berkat aku memakei do'a guliga kasaktian.

Asal tawar deripada Allah,

Penjadian tawar deripada Allah,

Pohun tawar deripada Allah,

Raja 'Brahil [998] di-suroh Allah

Membawa tawar kapada Muhammad!

Berkat Muhammad, ya Muhammad!

Turun-lah sagala bisa

Naik-lah sagala tawar.

Tawar aku pemadam bisa

Tawarkan Allah,

Tawarkan Muhammad,

Tawarkan Baginda Rasul Allah.

Waya telap tap. [Seven times repeated.]

Kabul aku penajam gabus

Do`a-'ku tajam saperti kundor

Tangkas bah saperti kilat

D'ras saperti angin,

Kabul aku memakeikan do`a Dato' Malim Karimun

Yang kramat bertapa di hulu sungei Sa'iran (di hulu Misir)

Dengan berkat, d.s.b.

[cxcii] Charm for neutralising the Venom of Snakes, Centipedes,

and Scorpions

To bring the poison out (naikkan), rub the place upwards (urut

ka-atas); to cause it to subside (turunkan), rub it downwards (urut

ka-bawah). In the first case say:--

"However venomous the snake which is within ourselves,

Yet more venomous be the snake which comes (to meet it)."

In the second case--

"However venomous the snake which comes (to meet it),

Yet more venomous be the snake which is within ourselves."

and (in either case) mutatis mutandis for centipedes and scorpions.

It was explained that the "snake which is within ourselves" (ular dalam

diri kita) means the muscle of the shoulder-blade (urat belikat),

and that similarly "the centipede which is within ourselves" is the

neckbone (tulang batang leher), and "the scorpion which is within

ourselves" the loins (ujong salbi).

[cxciii] Charm against Venom

Tawar Bisa

Bismillah, d.s.b.

Allah Hu! Muhammad Hu!

Berkat tawar Baginda `Ali

Aku menawar sakalian yang bisa,

Menaikkan tawar, katurunkan bisa,

Berkat tawar Dato' Gunong Tujoh Tanah Mirah

Tawar Allah, d.s.b.

[cxciv] Another Charm of similar Import

Tawar

Apa-apa mestapa, [999]

Terlayang-layang, terlatok-latok,

Teranai-anai, sira-sanai, [1000]

Dudok di sempang ampat,

Bersandar di pinang boring;

Datang kamu deri sempang ampat,

Kembali kamu ka sempang ampat;

Datang [kamu] deri bakal, [1001]

Kembali kamu ka bakal kamu;

Datang kamu deri lubok tada berikan,

Kembali kamu ka lubok tada berikan.

The rest of the charm is of the same construction, the first line of

each couplet beginning with datang kamu deri, and the second with

kembali kamu ka; the other words are tunggul buta, tras terunjam,

[1002] padang ta' berumput, gaung guntong, rimba sa-kampong, sakat

rambai, nibong alai, Mambang Kuning, hujan panas, kapialu Bajau,

after which it ends thus:--

Kembali-lah kamu ka takok, ka tanggam lama!

Kalau 'kau tidak balik,

'Kau di-sumpah de' Jin ibnu-'l-Ujan.

[cxcv] Another Charm of similar Import

Siti Daya nama laki-mu,

Maduruti nama bini-nya,

Wa' Ranai nama anak-nya,

Ka hempasan ombak Maduruti nama-'kau,

Ka telok Jin Terkilat nama-mu,

Ka tanjong Katimuna nama-mu,

Ka anak sungei Hantu Muna nama-mu,

Ka tali harus Mambang Tali Harus nama-mu!

Kita bersaudara deri dahulu sampei sakarang:

Jangan 'kau mungkir janji,

Jangan 'kau mungkir satia!

Aku pinta' tolong, pinta' tumpulkan sagala yang tajam,

Aku pinta' turunkan sagala yang bisa

De' dalam salerang badan tuboh Si Anu;

Minta' chabutkan sagala yang bisa

De' dalam salerang badan tuboh Si Anu!

Kalau tidak 'kau chabut,

'Kau 'ku sumpah dengan kata la-ilaha, d.s.b.

[cxcvi] Penawar Orang Darat

Sirih gunta, pinang gunta,

Memanjat kerakap puar;

Inchit nyah Hantu Jembalang Buta,

Tawar jampi nenek 'dah kaluar!

The ingredients are two or three leaves of sirih gunta, an areca-nut,

black pepper, bawang merah, chekor, bunglei, lengkuas, brazil-wood

(sepang), ebony (kayu arang), jerangau, and a porcupine quill (duri

landak). Grate these and mix them well up together, and when there

is a slight storm on (hari ribut kechil), take the mixture into the

mouth and spit it out upon the patient. The only taboo mentioned is

that neither cats nor fowls must be allowed to come in contact with

the amulets of the patient (di-langgarkan tangkal-nya).

[cxcvii] Tawar Hantu Darat

Hei Hantu rimba raya!

Patahkan aku ranting kayu ara.

Buat apa ranting kayu ara?

Buat tangkal hantu rimba raya.

Angkau datang de' gaung guntong;

Datang de' rimba sa-kampong,

Pulang-lah 'kau ka rimba sa-kampong;

Datang de' sakat mati,

Pulang ka sakat mati;

Datang de' sakat besar,

Pulang ka sakat besar;

Datang de' brok besar,

Pulang-lah ka brok besar!

Aku tahu asal 'kau menjadi:

Brok besar asal 'kau menjadi!

Tidak 'kau pulangkan semangat Si Anu,

Mati di-kutop berkelentong,

Mati mawak, mati mampeh,

Mati makan sengklan darah tulang,

Kabul Allah, d.s.b.

Berkat do`a la-ilaha, d.s.b.

[cxcviii] Penawar

Bismillahi 'l-rahmani 'l-rahimi!

Kayu medang, kayu patani,

Tumboh di padang merbani,

Akar tersunjam tujoh petala bumi,

Puchok tersandar ka angkasa;

Tuan Putri deri angkasa

Membawa tawar sakalian yang bisa.

Ipoh puteh menawar ipoh merah,

Ipoh merah menawar ipoh puteh;

Ipoh puteh bena' Rasul Allah,

Ipoh merah darah Rasul Allah!

Berkat tawar Si Kamamai,

Berkat tawar Si Kadua;

Bukan aku yang punya tawar,

Hitam di Pasei yang punya tawar;

Bukan aku yang punya tawar,

Malim Karimun yang punya tawar,

Toh Petala Guru yang punya tawar!

Berkat tawar Toh Petala Guru

Tawarkan sagala yang bisa.

[cxcix] When collecting the Accessories for a "neutralising" Ceremony

[p. 427.

Bukan aku yang-punya ramuan,

Kemal-ul-Hakim yang punya ramuan;

Bukan aku yang punya tawar,

Malim Saidi yang punya tawar;

Bukan aku yang menawar,

Malim Karimun yang menawar.

[cc] Badi

Hong badi, mak badi,

Badiyu, badi sengkiyu,

Badi saratus sambilan puloh tiga!

Bukan aku yang berbadi,

Sakalian bernyawa yang berbadi!

Aku tahu asal 'kau jadi:

Uri tembuni pusat tentuban asal 'kau jadi!

Turun 'kau deri urat sendi darah daging Si Anu!

Kalau 'kau tiada turun,

Aku sumpah dengan kata la-ilaha, d.s.b.

[cci] To cast out the Mischief produced by an Image [p. 431.

Buang badi buatan orang

Limes of seven kinds are wanted: e.g. limau (1) purut, (2) pagar,

(3) lelang, (4) kasturi, (5) krat lentang, (6) hantu, (7) abong. Take

three of each kind, fumigate them with incense, and say:--

Al-salam `aleikum, Lelang!

Kita bersaudara deri dahulu sampei sakarang;

Angkau 'nak 'ku suroh seraya menchabut sagala yang bisa,

De' dalam salira tuboh Si Anu:

Jangan 'kau mungkirkan janji,

Jangan 'kau mungkirkan satia,

Jangan 'kau menipu mendaya,

Jangan 'kau membohong berakah!

Kalau 'kau membohong berakah,

Aku sumpah dengan kata la-ilaha, d.s.b.

[ccii] Providing the Mischief with a Substitute or Scapegoat [p. 432.

Tukar Ganti

(Buang-buangan orang sakit)

Al-salam `aleikum sagala juak-juak!

Mak Raja Angin, angin yang berusoh,

Angin Hayu Manu, angin ampat-blas bhasa,

Angin kaluar deri tapak tangan kiri Raja Brahil!

Aku tahu asal angkau;

Bapa sakalian angin [1003] Abu Jahal, Abu Lihat!

Jangan angkau menggoda seksa deripada tuboh badan diri hamba Allah

Anak chuchu Adam,

Karna aku buat tukar ganti,

Aku upah angkau!

Jangan 'kau mungkir kapada aku;

Jikalau 'kau mungkir kapada aku,

Aku mungkir kapada 'kau.

Angkau jaga baik-baik!

Fasal angkau 'nak makan, aku bagi makan;

'Nak minum, aku bagi minum.

Aku bagi chukop dengan iyu, pari,

Udang, ketam, siput, kechar, [1004]

Sakalian tukar ganti kapada angkau,

Chukop dengan darah, daging, masak dan mentah,

Trima-lah baik-baik, trima-lah jamuan aku ini,

Asal-nya baik; kalau ta' baik, aku ta' bagi juga.

[cciii] Additional Charm used in the same Ceremony

(Probably used for blessing the articles of food, etc., before laying

them in the tray)

Pawang Tua, Pawang Pertama,

Musa kalam Allah, [1005] Sedang Bima, Sedang Buana, Bujang Juara

Raja di Laut, [1006]

Batara Guru, Batara Giri,

Berma Sakti, Si Katimuna,

Aku minta' ma`af kapada ampat penjuru alam.

Dengan berkat, d.s.b.

[cciv] Lanchang Charms [p. 434.

Membuang balei, lanchang

Al-salam `aleikum,

Jembalang laut, hantu laut!

Baik di telok, tanjong,

Baik di beting, jangan sangkap sampei!

Ini Arong yang punya lanchang:

Angkau tolong pleherakan persembahan anak chuchu-nya,

Jangan di-usik lanchang ini;

Aku minta' hantarkan ka tanah Bugis,

Ka tempat-nya

(Dengan berkat, d.s.b.)

[ccv] Another Lanchang Charm

Inilah upah-'kau!

Jangan berbalik-balik lagi kapada Si Polan,

Jangan di-sakitkan lagi Si Polan.

To which the evil spirit replies:--

Aku tidak datang lagi kapada Si Polan,

Kalau aku datang lagi,

Langkas-langkas buah betik,

Masak-masak buah rembia,

Menetas enggang meng'ram di hutan,

Bharu-lah kita berjumpa lagi.

[ccvi] Another Lanchang Charm [p. 435.

O Dato' yang di hulu ayer,

Dato' yang di hilir ayer,

Dato' yang di darat,

Dato' yang di baru, [1007]

Berkampong-lah orang yang memegang bukit bukau

Yang memegang gaung guntong,

Yang memegang rimba raya,

Yang memegang suak sungei,

Mari-lah naik lanchang ini berkampong ramei-ramei,

Buleh di-bawa ayer hilir,

Di-bawa angin lalu,

Di-bawa tanah merkah,

Pergi-lah angkau ka laut ta' berombak,

Padang ta' berumput,

Jangan-lah angkau berbalik-balik kamari;

Jikalau angkau berbalik kamari,

Angkau di-makan sumpah,

Ka laut ta' dapat minum,

Ka darat ta' dapat makan,

Menangkop melintang bumi,

Dengan berkat la-ilaha, d.s.b.

[ccvii] Another Lanchang Charm

Hei Dato' Kasang, Jambu Agai!

Trima ini, hantarkan ka telok,

Si Anu yang membrikan.

Sa-rekong [1008] nama-nya telok,

Sa-reking nama-nya tanjong,

Si `Abas anak tokong pulau.

Minta' langsongkan persembahan ka Mambang Tali Harus.

[ccviii] Another Lanchang Charm [p. 436.

Al-salam `aleikum

Hei juak-juak yang bharu datang,

Pechah jong laut-lautan

Di-sepak de' ombak, di-tiup de' angin,

Menjajar naik menchari makan

Tujoh buah negri sa'orang bernama `Alim Palita

Sa'orang bernama Sa Merah Muda.

The following lines are the same as the last, only substituting

the names (1) Sa Malim Busu, (2) Sa Jebat Lalah, (3) Sa Palik Gila,

(4) Awan Senik Salih, (5) Satu Karagan Daulah, (6) Salamat Yatim,

(7) Sutan Muhammad, (8) Sutan Hamat (Ahmad?):--

Hei al-salam `aleikum Awan Sajembul Lebat,

Hulubalang lidah bergulong,

Hei al-salam `aleikum Hidu Dana!

Mari-lah sakalian kaum puak-'kau,

Berkumpul kamari kechil besar, tua dan muda,

Tepak dan tempang, buta dan rungga,

Sakalian berkumpul habis kamari!

Aku 'nak bersembah kapada angkau

Kapada waktu katika ini!

Karna angkau mengutib hasil

Masu chukei krajab sagenap negri,

Sagenap telok, sagenap tanjong,

Sagenap pasar lorong rumah orang dalam negri;

Inilah aku buat tukar ganti pada angkau.

(To dismiss the spirits)

Jangan 'kau tuntut dawa' pada tempat ini!

Undor-lah angkau pergi pada tempat yang lain;

Karna sudah chukup 'ku bagi pada angkau!

Kalau angkau ta' undor,

Derhaka angkau pada Nabi Allah Suleiman!

Aku-lah anak chuchu Nabi Suleiman,

Sidik guru, sidik-lah aku,

Dengan berkat, d.s.b.

[ccix] Another Lanchang Charm

Al-salam `aleikum, Telok Rantau,

Angkau tolong sampeikan pekiriman Si Polan,

Jangan 'kau chachat, chelakan,

Jikalau 'kau chachat, chelakan,

'Kau mati di-soloh [1009] pagar melintang

Mati di-pukol samambu kuning,

Mati di-junjong lesong tembok,

Mati di-timpa upih tersangkut,

Mati di-timpa ponggor berdaun,

'Kau di-sumpah!

Aku tahu asal 'kau jadi:

Nar asal 'kau jadi!

Al-salam `aleikum, Jin Ibni Ujan

Tolong bantu hukumkan ra`yat bala-tantra-mu!

Kalau tidak,

Aku sumpah dengan kata la-ilaha, d.s.b.

[ccx] "Lanchang" Invocation used in summoning the Tiger Spirit [p. 439.

Lagu Pemanggil

Al-salam `aleikum, Penglima Lenggang Laut!

Endah-nya bukan alang kapalang

Lanchang Penglima Lenggang Laut!

Lanchang bernama Lanchang Kuning,

Lanchang bersudu linggam gading

Lanchang berturap ayer emas.

Tiang-nya nama Raja Mendela

Temberang-nya nama Perak belepeh

Dayong-nya nama Jari Lipan

Anak dayong dua kali tujoh

Tepi bernama Pagar tenggalong

Kemudi bernama Lebah bergantong

Dandan bernama Sawa mengampei,

Ula-ula [1010] menumbok kurong,

Gada-gada bermain angin,

Pemepah berkibat-kibatan,

Mari-lah Inche, mari-lah Tuan,

Sedang elok edarkan lanchang

Jerbatu [1011] bongkar-lah sauh

Jertinggi juak-lah layer,

Jermudi putar kemudi

Anak dayong paut-lah dayong,

Kamana Lanchang beredar-edar?

Lanchang bertumpu ka Pusat Tasek;

Lanchang beredar ka laut Pauh Janggi,

Main ombak, main g'lombang,

Main g'lombang, meniti riak

Jangan-lah leka, jangan-lah lalei,

Baik-lah lekas Penglima Lenggang Laut,

Jangan lengah di telok rantau,

Jangan leka di gundek chandek

Turun mendapat jinjangan.

[ccxi] Healing Charm, used with the last one

Malay Magic Being an introduction to the folklore and popular religion of the Malay Peninsula · 第 12 / 15 章